Syanty Octavia Amry


Awal kemunculan dia antara pelakon lelaki berpotensi menjadi pelapis hero sedia ada. Sayangnya ketika itu jiwa muda menguasai diri sekali gus membuatkan Gambit Saifullah, 30, seakan-akan hilang arah dan ada masanya cepat melenting dengan setiap teguran.

Namun itu kisah lama. Selepas hampir empat tahun tidak beraksi dalam filem dan drama, Gambit atau nama sebenarnya Mohd Saifullah Rosli mengakui perlu melunaskan ‘hutang’ dengan peminat.

Menjayakan fotografi bersama RAP baru-baru ini, dia yang baru selesai menjalani penggambaran filem Upin Ipin arahan Erma Fatima berharap kemunculan semula ini menjadi permulaan yang baik buatnya.

Jelas Gambit, kali terakhir dia berlakon menerusi filem Karipap Karipap Cinta dan selepas itu menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerja belakang tabir.

“Ramai tertanya-tanya ke mana saya menghilang. Ketika nama mula menjadi sebutan, saya beralih kepada kerja penerbitan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Oktober 2015 @ 6:47 AM