ANGGOTA penguat kuasa Jabatan Imigresen melakukan pemeriksaan ke atas warga asing dalam Op Belanja di sekitar Pekan Lunas.
ANGGOTA penguat kuasa Jabatan Imigresen melakukan pemeriksaan ke atas warga asing dalam Op Belanja di sekitar Pekan Lunas.
Oleh Nordiana Shafiee


Kulim: Tindakan mengambil warga asing bagi membantu menyiapkan tempahan dengan segera bukan alasan untuk menghalang anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen negeri menahan tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Sri Lanka dan India dalam Op Belanja di dua premis menjahit pakaian di Taman Sawi, Lunas, di sini, kelmarin.

Dalam serbuan jam 7.45 malam, semua pekerja asing terbabit sibuk menyiapkan tempahan jahitan pakaian ketika anggota penguat kuasa diketuai Penolong Pengarah Imigresen Nar Azaman Ibrahim bersama 17 anggota penguat kuasa melakukan pemeriksaan.

Difahamkan, seorang warga tempatan dipercayai majikan mendakwa terpaksa menggunakan khidmat warga asing terbabit bagi menyiapkan tempahan sempena sambutan Deepavali tidak lama lagi.

Pengarah Jabatan Imigresen negeri Mohamad Yusri Hashim berkata, bertindak atas maklumat, pihaknya membuat serbuan di beberapa premis membabitkan kedai jahit, kedai runcit dan medan selera di sekitar Lunas, kelmarin.

Menurutnya, seramai 22 warga asing diperiksa dalam operasi di empat lokasi berasingan sebelum 11 daripadanya berusia antara 27 hingga 39 tahun ditahan selepas didapati melakukan pelbagai kesalahan Imigresen.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Oktober 2015 @ 5:39 AM