Pemandangan di sekitar Jeti Pelabuhan Klang yang dirakam petang tadi. FOTO Faiz Anuar
Pemandangan di sekitar Jeti Pelabuhan Klang yang dirakam petang tadi. FOTO Faiz Anuar
Oleh Intan Mas Ayu Shahimi


Kuala Lumpur: Semua sekolah di Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Bentong (Pahang) serta Kuching, Samarahan, Sri Aman dan Betong di Sarawak ditutup esok berikutan jerebu masih teruk sehingga 3 petang tadi.

Menurut kenyataan dikeluarkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), keputusan menutup sekolah di semua negeri dan kawasan terbabit bukan saja berdasarkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, malah ada yang sudah mencecah ke paras sangat tidak sihat

Jelasnya, penutupan itu membabitkan seramai 2,696,110 murid dan pelajar di 4,778 buah sekolah.

Pada masa sama, pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah, termasuk pengurusan digesa terus memantau bacaan IPU semasa.

Jika berlaku peningkatan ke tahap tidak sihat dan sangat tidak sihat, mereka boleh mengambil tindakan diperingkat masing-masing, sebagaimana ditetapkan KPM.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Oktober 2015 @ 6:02 PM