FOTO ihsan abcnews
FOTO ihsan abcnews

MAHKAMAH-SEKS/I

SEKS LUAR TABII: MAHKAMAH RAYUAN TAMBAH HUKUMAN PENJARA 12 TAHUN, 2 SEBATAN

Putrajaya: Seorang pengawal keselamatan yang didapati bersalah kerana melakukan seks luar tabii terhadap seorang kanak-kanak ketika dalam jagaan isterinya ketika itu, terpaksa merengkuk lebih lama dalam penjara selain menerima dua sebatan selepas Mahkamah Rayuan menambah hukumannya.

Adleen Che Ibrahim, 32, pada mulanya dihukum penjara lapan tahun oleh Mahkamah Sesyen Ampang bagi kesalahan memaksa kanak-kanak berumur lima tahun melakukan seks luar tabii dalam bilik mandi rumahnya pada 15 Ogos 2011.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Datuk Aziah Ali, hari ini menjatuhi hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan selepas membenarkan rayuan pendakwaan bagi hukuman lebih berat terhadap Adleen.

Hakim Aziah mengarahkan agar hukuman dijalankan bermula 19 Februari 2013, iaitu tarikh Mahkamah Sesyen menjatuhi hukuman.

Ketika menambah hukuman itu, beliau berkata mahkamah mengambil kira jenis kesalahan yang dilakukan apabila mangsa yang berusia lima tahun ketika kejadian,

dihantar oleh ibunya untuk dijaga isteri Adleen. - BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Oktober 2015 @ 7:46 PM