Oleh Rudy Syareme Sheriffudin


Georgetown: Polis tahan reman seorang wanita bersama anak lelakinya enam hari bagi bantu siasatan berhubung kes kematian lelaki warga emas yang dipercayai dipukul di hadapan rumahnya di Air Itam, di sini Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, kedua-dua suspek berusia 57 dan 27 tahun itu ditahan di rumah mereka di Air Itam 12.14 tengah hari sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) untuk siasatan.

Beliau berkata, siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Oktober 2015 @ 4:03 PM