Rudy Syareme Sheriffudin


Georgetown: Lelaki yang menyerang dan memukul pengawal keselamatan di kondominium di Jelutong, Sabtu lalu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, suspek berusia 50-an itu hadir ke IPDTL bagi membantu siasatan polis, 11 pagi.

"Suspek akan dibawa untuk mendapatkan perintah tahanan reman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mendatangkan kecederaan.

"Sekiranya sabit kesalahan boleh dipenjara penjara maksimum tiga tahun atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu," katanya.

Dalam kejadian 4 petang itu, suspek berang selepas perbuatannya memotong pengunci tayar dirakam seorang pengawal keselamatan menggunakan telefon bimbit sebelum bertindak menyerang dan kejadian itu menjadi tular dalam laman sosial.

Berita berkaitan:

Berang sampai serang

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 January 2017 @ 1:37 PM