Razman  ( dua kiri) pada sidang media selepas mesyuarat Badan Perhubungan PAS Perak hari ini. FOTO L Manimaran
Razman ( dua kiri) pada sidang media selepas mesyuarat Badan Perhubungan PAS Perak hari ini. FOTO L Manimaran
Oleh Wan Asrudi Wan Hasan


Ipoh : PAS Perak desak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa segera kosongkan kerusi DUN Changkat Jering dan Parlimen Parit Buntar selepas kedua-duanya menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) baru-baru ini.

Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria berkata, desakan itu dibuat selaras dengan baiah atau perjanjian dibuat kedua-duanya dengan PAS yang menyatakan akan mengosongkan kerusi mereka jika lompat parti.

"Keputusan mendesak kedua-duanya mengosongkan kerusi wakil rakyat itu dicapai sebulat suara dalam mesyuarat Badan Perhubungan PAS Perak hari ini.

"Kegagalan kedua-duanya yang kini menjadi tonggak AMANAH untuk mematuhi baiah menunjukkan mereka sebagai tidak amanah dalam menunaikan janji dalam perjanjian yang dibuat secara sukarela dan tanpa paksaan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan PAS Perak, di sini, hari ini.

Razman berkata, parti itu juga sudah bersedia dari segi calon dan cabaran berhadapan pertarungan tiga penjuru sekiranya berlaku pilihan raya kecil di kedua-dua kawasan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Oktober 2015 @ 5:45 PM