Anggota unit Anjing Pengesan (K9) memeriksa kawasan kejadian selepas seorang lelaki parah ditembak di Kampung Bukit Merah, Permatang Pauh, petang tadi. FOTO Amir Irsyad Omar
Anggota unit Anjing Pengesan (K9) memeriksa kawasan kejadian selepas seorang lelaki parah ditembak di Kampung Bukit Merah, Permatang Pauh, petang tadi. FOTO Amir Irsyad Omar
Oleh Shamsul Munir Safini


Permatang Pauh: Lelaki,27, parah ditembak lelaki tidak dikenali ketika menunggang motosikal untuk pulang ke rumahnya di Kampung Bukit Merah, di sini, 5.20 petang tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa, Yap Kang Hee, parah di leher dan bahu kanan akibat terkena dua das tembakan jarak dekat oleh lelaki yang mengekorinya dengan motosikal.

Mangsa gagal mengawal motosikalnya dan melanggar tiang di sebuah rumah berdekatan lokasi kejadian sebelum suspek melarikan diri.

Saudara mangsa yang kebetulan berada di situ menghantar mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini.

Mangsa dilaporkan stabil dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Oktober 2015 @ 8:11 PM