AYU percaya bakat dan potensi diri anak perlu digilap sejak mereka kecil.
AYU percaya bakat dan potensi diri anak perlu digilap sejak mereka kecil.
Oleh Siti Zarinah Sahib

Setiap kanak-kanak memiliki potensi diri sejak dilahirkan. Potensi bermaksud kemampuan lahiriah yang dimiliki kanak-kanak. Ia akan terus berkembang apabila mereka berada dalam lingkungan persekitaran positif dan ceria.

Dalam hal ini, ibu bapa memainkan peranan penting bagi mencungkil bakat yang ada dalam diri anak kemudian berusaha mendidiknya agar potensi yang ada dapat dikembangkan mengikut apa yang mereka tonjolkan.

Hakikatnya, setiap manusia dilahirkan dalam keadaan kosong iaitu tanpa pengetahuan dan pemahaman. Justeru, cara didikan sangat penting dalam membentuk pola pemikiran dan peningkatan potensi si comel.

Bagi pelakon dan ibu kepada dua cahaya mata Ayu Raudhah Che Wan, dia sangat percaya bakat dan potensi diri anak perlu digilap sejak mereka kecil kerana ia sangat penting bagi menentukan hala tuju pendidikan yang akan diberikan nanti.

Melahirkan anak sulung, Muhammad Aisy Qaiser pada 29 Mac 2013, Ayu berazam memberi­kan yang terbaik untuk anaknya sama ada dari segi pemakanan mahupun pendidikan.

Ayu gembira kerana Aisy menunjukkan perkembangan yang cepat seperti berjalan dan bercakap pada usia belum mencecah setahun.

“Dari situ saya memberikan galakan untuk Aisy menyebut perkataan dengan jelas dan terang agar dia dapat mengikutnya. Ini dilakukan ketika makan dengan mengajak dia berbual. Begitu juga ketika melakukan sesuatu agar perbendaharaan katanya semakin bertambah. Malah sifat ingin belajar jelas kelihatan kerana dia suka bertanya mengenai sesuatu perkara,” katanya.

Sebagai ibu, penting mengenali potensi diri si kecil bagi memudahkan mengetahui kebolehan yang ada padanya. Mewarisi sifat bapa, Zaquan Adha yang juga pemain bola sepak, sejak kecil Aisy menunjukkan minat mendalam terhadap bola. Untuk itu, Ayu memberikan dorongan dengan membelikan bola dan mengajarnya menendang dan menangkap bola menerusi aktiviti bermain pada waktu petang.

“Walaupun permainan secara tidak formal, kelihatan Aisy sangat cepat belajar. Pada usia dua tahun dia sudah mahir menendang dan menangkap bola. Saya sangat gembira dengan perkembangan ini,” kata Ayu.

Setiap kali apabila bapanya membawanya ke stadium, Aisy sangat teruja untuk melihat ayahnya bermain bola. Malah dia juga sudah mengenali stadium bola sepak dan sering menyebut apabila melalui kawasan itu.

Bagi Ayu, dia tidak kisah sekiranya anaknya turut mengikut jejak langkah ayahnya seandainya ia memberikan kebaikan kepada Aisy. Apa yang mampu dilakukan adalah memberikan semangat dan dorongan atas setiap minat yang ditunjukkan. Ini sangat penting kerana ia akan membentuk peribadi si kecil menjadi lebih positif.

Untuk anak kedua Muhammad Aisy Aryann yang kini berusia setahun dia gemar mengikut abangnya bermain dan menunjukkan kegembiraan jika dapat bermain bersama-sama. Bagi Ayu apa juga minat Aryann dia dan suami akan memberikan galakan.

Sebagai ibu, amat penting memahami dan mengenali potensi anak agar mereka tidak rasa tertekan apabila minat dan kesukaan mereka dihalang. Anak-anak pula berasakan diri mereka dihargai dan sentiasa yakin melakukan sesuatu.

“Sebagai contoh, anak yang dipaksa belajar akan rasa tertekan, begitu juga dengan anak yang dipaksa diam. Menghalang mereka melakukan sesuatu akan membuatkan mereka gelisah selain tidak dapat mengembangkan bakat unik mereka,” katanya.

Dengan mengenali keunikan anak, ibu bapa dapat menyesuaikan tuntutan mereka mengikut kemampuan. Ini memudahkan komunikasi dua hala antara mereka serta membantu perkembangan mental ke tahap maksimum. Mengenali potensi anak juga dapat menceriakan kehidupan mereka apabila ibu bapa sentiasa memberikan tumpuan dan bermain bersama-sama.

Menggilap potensi anak juga perlu seiring dengan pemberian makanan seimbang dan berkhasiat kepada mereka. Selain itu, Ayu tidak lupa memilih susu Anmum Essential Tanpa Gula Tambahan* untuk kedua-dua anaknya bagi memenuhi keperluan pemakanan mereka.

“Tambahan pula, sangat penting ibu bapa meneliti maklumat pemakanan dan ramuan yang tertera pada label. Semak label susu dan pastikan susu yang dibeli tidak mengandungi gula tambahan* seperti fruktosa, gula perang, sukrosa, dekstrosa, pepejal sirap jagung, gula putih dan sirap glukosa. Ini sangat penting kerana cara pemakanan yang tidak betul akan menimbulkan masalah di kemudian hari.

“Sebelum membeli saya turut membaca label pada kotak susu. Saya dapati kandungan susu Anmum Essential bukan sahaja tanpa gula tambahan*, malah ia mengandungi nutrien penting seperti GA®, DHA, FOS dan Inulin untuk mambantu tumbesaran dan perkembangan si manja, “ katanya.

Selain itu, penggunaan susu Anmum Essential juga sangat menjimatkan. Tanpa gula tambahan*, Anmum Essential Langkah 3 penuh dengan nutrisi dan hanya memerlukan 28 gram untuk setiap penyediaan.

*Sukrosa, glukosa, pepejal sirap jagung, gula perang, dekstrosa, laktosa, fruktosa, madu dan gula putih, ditakrifkan sebagai gula dan gula tambahan di bawah piawaian CODEX 212-1999 dan CAC/GL23 -1997. CODEX menyelaraskan garis panduan piawaian makanan dan kod amalan antarabangsa. Berdasarkan Peraturan-Peraturan Makanan Malaysia 1985, sukrosa, gula perang, dekstrosa, glukosa, fruktosa dan madu adalah ditakrifkan sebagai bahan pemanis. AE/AD/LB/04091519

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 September 2015 @ 7:56 AM