Beckham bersetuju dengan pemain United berkelas dunia dalam senarai Ferguson.
Beckham bersetuju dengan pemain United berkelas dunia dalam senarai Ferguson.

London: David Beckham menegaskan dia tidak berkecil hati diketepikan daripada senarai pemain Manchester United ‘berkelas dunia’ dipilih oleh Sir Alex Ferguson.

Dia sebaliknya bersetuju dengan bekas bosnya itu.

Ferguson menyatakan pernah bekerjasama dengan empat pemain benar benar berkelas dunia sepanjang mengendalikan kelab di Old Trafford iaitu Cristiano Ronaldo, Paul Scholes, Ryan Giggs dan Eric Cantona.

Malah Ferguson turut memberi pujian khas kepada Ronaldo dan menyifatkannya seperti ‘perhiasan di atas pokok Krismas’.

Selain Beckham beberapa pemain tiada dalam senarai Ferguson adalah Roy Keane, Rio Ferdinand dan Wayne Rooney.

Beckham memberitahu BBC: "Tidak sama sekali. Saya bermain untuk pengurus terbaik sepanjang masa.

"Saya bernasib baik beraksi bersama mereka dan berjaya bersama kelab saya sayangi.

"Saya bersetuju dengan pengurus itu atas beberapa pemain United berkelas dunia dan saya berterima kasih dapat bermain dengan ramai dalam kalangan mereka."

Ronaldo mengambil alih jersi ikonik nombor 7 milik Beckham di Old Trafford tetapi Beckham tidak percaya dia pemain terhebat pernah menggunakan nombor itu. - Daily Mirror

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 September 2015 @ 4:00 PM