Canberra: Tony Abbott terpaksa melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri Australia hari ini selepas ahli jawatankuasa partinya mengundi 54-44 yang memihak kepada Malcolm Turnball sebagai ketua Parti Liberal.

Abbott yang menjadi Perdana Menteri selepas pilihan raya 2013 terpaksa menghadapi pilihan suara parti selepas Turnbull menegaskan kerajaan gabungan akan tewas tanpa perubahan pucuk pimpinan.

Turnbull sebelum ini ialah pemimpin Parti Liberal ketika parti berkenaan menjadi pembangkang sebelum diketepikan Abbott pada hujung 2009.

Petang tadi, Turnbull mengumumkan Parlimen sekarang akan kekal sehingga tamat tempoh dan pilihan raya umum akan diadakan mengikut jadual iaitu selewat-lewatnya pertengahan Januari 2017. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 September 2015 @ 9:44 PM