ELFEE menyukai Nasi Goreng Malaysia Style.
ELFEE menyukai Nasi Goreng Malaysia Style.

Nasi Goreng Malaysia Style antara menu pilihan penyanyi Elfee Hefni ketika mengunjungi Hornbill Restaurant & Cafe.

Gabungan nasi goreng bersama sate, kuah kacang dan papadom membuatkan sajian itu lebih menarik dan menyelerakan.

Dalam kunjungan pertama ke restoran ini, Elfee mengakui Nasi Goreng Malaysia Style mempunyai rasa yang lazat malah kuah sate memiliki rasa tersendiri.

“Bagi saya, nasi goreng ini mencerminkan gaya pemakanan masyarakat tempatan tetapi berupaya menarik perhatian pelancong asing yang menjamu selera di restoran ini.

“Selain nasi goreng ini, menu bufet ala Malaysia menjadi faktor tarikan terbaru.

“Bagi yang menyukai resipi asli rakyat tempatan pastinya menjadikan Hornbill Restaurant & Cafe sebagai destinasi wajib cuba sekiranya berkunjung ke Taman Tasik Perdana,” katanya.

Bakal melancarkan album berkonsepkan balada berjudul Bahasa Tuhan, Cinta, Kita, pada bulan depan, Elfee berkata, dia terasa tenang dapat melihat kehijauan dan menyaksikan burung enggang di sekitar restoran.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 September 2015 @ 5:00 AM