Mueller (empat dari kiri) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan menewaskan Scotland pada kelayakan Euro 2016.  - PIX AP
Mueller (empat dari kiri) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan menewaskan Scotland pada kelayakan Euro 2016. - PIX AP

Glasgow: Thomas Mueller membuktikan status penggempur berbahaya meledak dua gol dan membantu Ilkay Guendogan melengkapkan kejayaan Jerman mengatasi Scotland 3-2 pada perlawanan kelayakan Euro 2016, awal pagi tadi.

Kemenangan meletakkan juara dunia itu kian hampir beraksi di Perancis tahun depan selepas mengesahkan kedudukan pendahulu Kumpulan D ketika saingan berbaki dua perlawanan.

Jerman mengumpul 19 mata sementara Poland menang 8-1 ke atas Gibraltar mengumpul 17 di tangga kedua.

Ireland mengumpul 15 mata selepas menewaskan Georgia 1-0 masih perlu menghadapi Jerman Oktober depan.

"Thomas sentiasa memiliki larian hebat dan menepati kriteria seorang penyerang menyudahkan peluang apabila berada dalam kawasan lima meter," kata jurulatih Joachim Loew. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 September 2015 @ 9:48 AM