Kesilapan Lovren penghujung separuh masa pertama membolehkan West Ham mendahului Reds 2-0. - PIX Liverpool Echo
Kesilapan Lovren penghujung separuh masa pertama membolehkan West Ham mendahului Reds 2-0. - PIX Liverpool Echo

LIverpool: Kesilapan memberi padah Liverpool tewas 0-3 kepada West Ham dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) di tempat sendiri menyebabkan Dejan Lovren mahu menyorok di bawah meja!.

Pemain bek tengah Croatia berharga £20j (RM129 juta) itu mengakui kesilapan dilakukan menyebabkan Reds mengalami kekalahan pertama dalam kempen EPL musim ini.

Biarpun dipuji pengurus Brendan Rodgers pada tiga perlawanan pertama namun kecuaiannya membolehkan Mark Noble menyumbat gol kedua Hammers di penghujung babak pertama.

Lovren turut menerima kritikan dan kata kata kesat dalam media sosial selepas perlawanan menyebabkannya terpaksa memadam akaun Instagram.

“Saya adalah orang pertama kecewa terhadap diri sendiri,” kata Lovren.

“Sudah tentu seminit selepas jaringan kedua dilakukan oleh West Ham saya mahu menyorok di bawah meja. Apa lagi boleh saya lakukan?

“Bagaimanapun ia berakhir. Perlawanan sudah tamat. Saya sudah melupakannya. Fokus sekarang adalah pasukan kebangsaan dan berdepan Manchester United dalam masa dua minggu lagi.” - Liverpool Echo

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Ogos 2015 @ 4:04 PM