Baru-baru ini Malaysia dikejutkan dengan kejatuhan nilai mata wang Ringgit berbanding dolar Amerika

Kejatuhan wang Ringgit berlaku atas beberapa faktor seperti berikut:

(i) tindakan kerajaan China menurunkan mata wang Yuan sekaligus menyebabkan kejatuhan mata wang negara ASEAN yang lain;

(ii) penurunan harga komoditi seperti minyak, minyak sawit dan getah secara mendadak juga telah menyebabkan kejatuhan Ringgit, lebih-lebih lagi kerana Malaysia adalah pengeluar komoditi-komoditi tersebut’

(iii) jangkaan bahawa Amerika Syarikat akan menaikkan kadar faedah membuatkan ramai pelabur di serata dunia memindahkan dana mereka ke dalam mata wang Amerika;

(iv) adanya mainan dan spekulasi politik yang keterlaluan menyebabkan sentimen yang tidak menentu terhadap pentadbiran negara.

Berdepan dengan faktor luaran dan cabaran dalaman termasuklah lakaran negatif oleh pihak tertentu terhadap keadaan ekonomi negara, hari ini dalam laporan terkini oleh Bank Negara Malaysia menunjukkan bahawa pertumbuhan ekonomi tetap berada pada landasan yang stabil dengan mencatatkan kadar pertumbuhan sebanyak 4.9% pada suku kedua 2015.

Saya memberi jaminan bahawa Kerajaan akan cuba sedaya upaya untuk menangani keadaan ini dengan tujuan untuk menstabilkan keadaan ekonomi negara.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Ogos 2015 @ 10:35 AM