EMPAT pilihan kopi putih Super yang menjadi pilihan barista berpengalaman.
EMPAT pilihan kopi putih Super yang menjadi pilihan barista berpengalaman.
Oleh Siti Nadirah Hafidzin


Jenama kopi putih terkenal, Super tampil menyelesaikan satu misi berani dengan mempertaruhkan kopi putihnya untuk dijadikan ujian cita rasa dalam kalangan barista (pembuat kopi) berkelayakan sempena kempen terbarunya.

Dijalankan tanpa sebarang pengiktirafan jenama, ia diangkat sebagai inspirasi dalam kempen pengiklanan terbaru Super dengan tema ‘Adakah semua kopi putih dicipta setara?’

Kempen ‘Tiada Kopi Putih Yang Setara Dengannya’ itu menampilkan barista dari Kuala Lumpur, Malaysia, Singapura dan Shanghai, China untuk menjalankan ujian cita rasa kopi putih keluaran Super dan dua jenama terkemuka lain sebelum ketiga-tiga memilih Super sebagai pilihan mereka.

Menurut Pengarah Eksekutif Food Marketing Sdn Bhd Steven Lim, Super Kopi Putih Panggang Segera sememangnya produk yang berkualiti dan digemari ramai.

“Namun menerusi kempen terbaru bermula bulan ini, kami mahu orang ramai mendengarnya sendiri melalui pandangan serta pengalaman daripada pakar kopi.

“Memulakan sesuatu percubaan yang berani seperti ini ternyata berisiko, namun kami meletakkan sepenuh keyakinan kopi putih Super akan berjaya memikat cita rasa barista pada hirupan pertama,” katanya.

Super Kopi Putih Panggang Segera boleh didapati dalam empat pilihan berbeza iaitu Klasik, Kacang Hazel Panggang, Gula Perang dan Kopi dengan krimer.

Ciri-ciri kopi putih Super ini termasuk rasa lembut berkrim, beraroma penuh dan harum serta kaya de–ngan kelazatan cita rasa kopi panggang. Ini antara ciri-ciri yang turut diambil kira oleh barista sewaktu menjalankan ujian cita rasa.

Hanya dua jenama kopi putih di Malaysia yang mempunyai kilang pemprosesannya sendiri dan Super satu daripadanya membuatkan jenama ini jelas terbaik kerana mampu mengawal proses pembuatan bermula dari awal hingga akhir.

Terdapat enam langkah unik dalam proses penyediaan kopi putih ini yang membuatkan Super Kopi Putih Panggang Segera begitu istimewa.

1). Pemilihan biji kopi

Menerusi proses pemilihan yang ketat, biji kopi berkualiti tinggi yang diimport dari Indonesia, Vietnam dan Brazil dianalisis dan digred. Hanya biji kopi yang terbaik akan diluluskan untuk pengeluaran.

2). Pemanggangan

Proses pemanggangan dijalankan secara automatik, bermula proses pengeringan hingga pemanggangan dan akhirnya penyejukan selama 12 jam untuk membebaskan sepenuhnya karbon dioksida yang terhasil semasa biji kopi dipanggang.

3). Pengekstrak cecair

Selepas dipanggang, biji kopi dikisar untuk menghasilkan kopi cecair. Ia kemudiannya ditapis untuk mengeluarkan segala bendasing dan dididih untuk lebih kepekatan. Kopi Super terbukti 48 kali lebih pekat berbanding kopi biasa.

4). Aroma

Rahsia aroma kopi yang harum dan asli Super ialah teknologi Aroma Recovery canggih yang dimilikinya. Teknologi ini mengestrak esen aroma daripada kopi dan menyuntiknya semula ke dalam serbuk kopi. Super adalah satu-satunya pengeluar kopi di Malaysia yang memiliki teknologi sebegini.

5). Spray Dried

Mesin Spray-Dried menggunakan tekanan dan suhu sehingga 206 darjah Celsius untuk menghasilkan serbuk kopi kopi mudah larut. Teknologi ini menempatkan sebuah mesin besar setinggi 12 tingkat yang berfungsi menukarkan cecair kopi kepada serbuk.

6). Freeze-Dried

Cecair kopi disejuk beku ke dalam kepingan yang kemudiannya dipecahkan kepada butiran halus. Kebuk vakum digunakan bagi mengeluarkan sebarang kelembapan yang terperangkap bagi mengekalkan keaslian kopi.

Selain menerusi iklan di televisyen, papan iklan dan cetak, kempen ini juga akan melancarkan aktiviti dalam talian dan promosi di premis.

Sebagai menghargai kesetiaan pelanggan dan selaras dengan kempen yang dijalankan ini, Super akan memberikan pek variasi bernilai RM8.50 percuma untuk setiap pembelian dua pek Super Kopi Putih Panggang Segera.

Super memperkenalkan pilihan lengkap produk kopi putihnya, untuk kelazatan kopi panggang yang lembut berkrim, beraroma penuh dengan keaslian rasa kopi sejati.

Kempen yang bermula Ogos ini akan menjadikan anda terutama si penggemar kopi putih lebih pilihan kerana keempat-empat variasi kopi Super sememangnya enak dan lazat serta beraroma.

Semua variasi ini boleh didapati di semua pasar raya besar, pasar raya, pasar mini serta stor runcit.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Ogos 2015 @ 12:17 PM