SHAFIEN (kiri) bersama kenderaan yang dibakar. FOTO Shazreen Zamzuri
SHAFIEN (kiri) bersama kenderaan yang dibakar. FOTO Shazreen Zamzuri
Oleh Mohd Hasbi Sidek


Shah Alam: Tiga lelaki berusia 25 hingga 35 tahun ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kes samum bersenjata di Kampung Baru Hicom, di sini, Jumaat lalu.

Ketiga-tiga suspek ditahan di lokasi berasingan di sekitar Shah Alam, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, dalam kejadian Jumaat lalu, tujuh suspek menyamun dan membakar kereta lelaki berusia 40-an.

"Sejurus maklumat diterima kami melancarkan gerakan menjejaki suspek dan menahan tiga daripada mereka.

"Turut dirampas tiga bilah parang serta sebuah kereta," katanya ketika sidang media di sini , hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Ogos 2015 @ 2:09 PM