Oleh Faizatul Farlin Farush Khan


Pulih, tegang dan hilangkan ke­dutan. Begitulah penyelesaian kepada masalah penuaan yang diperkenalkan oleh L'OrÈal Paris melalui produk terbarunya, Revitalift Laser X3.

Rangkaian penjagaan kulit terdiri daripada krim, serum, krim mata dan cecair penyegar wajah, dihasilkan khusus buat wanita Asia yang mendambakan kulit lebih tegang, mulus, berseri dan awet muda.

Krim masker malam Revitalift Laser X3 adalah pencapaian saintifik terbaru yang mampu mengubah kualiti kulit dan membantu wajah lebih muda setiap kali bangun tidur.

Ia mengeluarkan bahan antipenuaan yang berkuasa untuk menegangkan kulit dan membuatkannya kelihatan lebih lembut.

Mengikut rentak kitaran pembaharuan sel kulit semula jadi ketika waktu tidur, krim yang bertindak seakan-akan masker itu membantu proses pemulihan .

Ia bertindak dalam tiga cara iaitu memulihkan garisan dan mengurang­kan penampilan pori, menegangkan kulit dengan menjadikan permukaan wajah lebih mulus dan menegangkan kulit selain meningkatkan pertahanannya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 November 2014 @ 5:00 AM