Kuala Lumpur: Australia yakin pencarian pesawat malang MH370 dilakukan di kawasan yang tepat kerana serpihan sayap pesawat yang dihanyutkan ke Pulau Reunion adalah selari dengan zon pencarian.

Menteri Pengangkutan dan Infrastruktur, Warren Truss berkata, pihaknya yakin sudah mencari di tempat yang betul dan jika benar serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion dikaitkan dengan MH370 ia makin mengukuhkan lagi kes bahawa pihaknya berada di lokasi yang betul.

“€œHakikat bahawa serpihan pesawat ini ditemui di bahagan utara Pulau Reunion adalah selari dengan pergerakan arus di kawasan pencarian”€ katanya. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Julai 2015 @ 1:39 PM