KEADAAN kereta yang terlanggar bahagian belakan van sekolah. FOTO ihsan Polis
KEADAAN kereta yang terlanggar bahagian belakan van sekolah. FOTO ihsan Polis
Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein


Johor Bahru: Sebelas pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Mount Austin cedera apabila van sekolah dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Jalan Persiaran Jaya Putra 1, Taman JP Perdana di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira 12.45 tengah hari itu, seorang pelajar berusia 10 tahun cedera di kepala dan seorang yang berusia 11 tahun cedera di dahi, telinga serta tengkuk.

Manakala, sembilan pelajar lain dilaporkan mengalami cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, kemalangan van sekolah itu dipercayai berpunca apabila kenderaan berkenaan tidak berhenti di simpang tiga sehingga menyebabkan kereta yang cuba mengelaknya terlanggar bahagian belakang van.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pelajar terbabit serta penumpang dalam kereta berkenaan cedera ringan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Julai 2015 @ 7:46 PM