BANGUNAN yang terbakar. FOTO Mohd Khidir Zakaria
BANGUNAN yang terbakar. FOTO Mohd Khidir Zakaria
BANGUNAN yang terbakar. FOTO Mohd Khidir Zakaria
BANGUNAN yang terbakar. FOTO Mohd Khidir Zakaria
Oleh Mohd Khidir Zakaria

Port Dickson: Tiga kedai runcit, dua pasar segar, sebuah rumah dan sebuah pejabat terletak di Pekan Chuah, di sini, musnah dalam kebakaran, awal pagi tadi.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBDP) Port Dickson, M Mani berkata, dalam kejadian 4.58 pagi, tujuh premis sebaris dalam satu bangunan musnah dijilat api.

Katanya, kerugian ditanggung pemilik dianggarkan hampir RM1 juta dan dipercayai akibat litar pintas.

"Pihak kami menerima panggilan pada 4.59 pagi dan mengerahkan enam anggota beserta sebuah jentera ke lokasi.

"Insiden turut dibantu BBDP Teluk Kemang dan Sepang menyaksikan semua premis terbakar 100 peratus," katanya.

Menurutnya, api dapat dikawal sepenuhnya kira-kira 6.30 pagi tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Julai 2015 @ 1:07 PM