SHAHRUL Anuar (kiri) keluar dari mahkamah selepas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencuri telefon bimbit di Plaza Low Yat diiringi peguamnya Mohd Khairul Azam Abdul Aziz (kanan). FOTO Abdullah Yusof
SHAHRUL Anuar (kiri) keluar dari mahkamah selepas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencuri telefon bimbit di Plaza Low Yat diiringi peguamnya Mohd Khairul Azam Abdul Aziz (kanan). FOTO Abdullah Yusof
PEGUAM tertuduh, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz . FOTO Mior Azlan Mior Kamarulbaid
PEGUAM tertuduh, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz . FOTO Mior Azlan Mior Kamarulbaid
Oleh Sarah Zulkifli


Kuala Lumpur: Penganggur berusia 22 tahun yang dikaitkan dengan kekecohan di Plaza Low Yat, Bukit Bintang, Sabtu lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mencuri telefon bimbit di pusat beli-belah itu.

Tertuduh, Shahrul Anuar Abdul Aziz membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nur A'minahtul Mardiah Md Noor.

Lelaki memakai baju hitam kelihatan tenang dalam kandang tertuduh sepanjang prosiding.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mencuri telefon Lenovo S860 berwarna hitam bernilai RM800 milik Techasia Boutique pada 4.47 petang, 11 Julai lalu di Lot UG K021 UG Floor, Plaza Low Yat.

Kekecohan bermula malam Sabtu lalu hingga awal pagi keesokannya, apabila sekumpulan perusuh bertindak agresif membuat di pusat beli-belah itu kerana mempercayai khabar angin yang tersebar melalui laman sosial mendakwa tertuduh ditipu peniaga ketika membeli telefon.

Berita berkaitan

> Polis buru Papa Gomo: http://hmtro.com/1K4ZEyz

> 18 ditahan, tujuh cedera: http://hmtro.com/1M5tx4O

> ‘Lebih ditokok tambah’: http://hmtro.com/1K0n2zS

> 'Serah kepada polis': http://hmtro.com/1HULn9T

> Polis arah orang ramai beredar: http://hmtro.com/1Cz1XK1

> Jangan percaya khabar angin: http://hmtro.com/1CxCuBf

> Gelora di Bukit Bintang: http://hmtro.com/1HXz0YX

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Julai 2015 @ 12:56 PM