Beijing: Kerajaan China akan mendapatkan pengesahan mengenai penemuan serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion di Lautan Hindi, kata jurucakap Menteri Luar, Hong Lei.

Hong berkata, mereka akan mengikuti perkembangan terbaru dan mendapatkan pengesahan daripada negara terbabit mengenai penemuan yang dikatakan bahagian sayap pesawat MH370 yang hilang setahun lalu.

Malam tadi, beberapa gambar serpihan bangkai dipercayai sayap pesawat Boeing 777 tersebar dalam pelbagai media sosial, memberikan harapan baru bagi mengesan kedudukan sebenar pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.

Serpihan itu dilaporkan ditemui di Pulau Reunion di bawah pentadbiran Perancis, berhampiran Madagascar. - Reuters

Berita berkaitan

> Serpihan sedang disiasat pakar: http://hmtro.com/1H4xhvy

> Malaysia hantar pasukan ke Pulau Reunion: http://hmtro.com/1DQwG0s

> Terlalu awal buat spekulasi: http://hmtro.com/1H4t37m

> ‘Sama tapi belum pasti’: http://hmtro.com/1ShcpgG

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Julai 2015 @ 12:59 PM