Tokyo: Dua penumpang kereta api laju Shinkansen maut semalam selepas salah seorang daripada mangsa tiba-tiba bertindak membakar diri, kata polis.

Kereta api yang membawa 1,000 penumpang dari Osaka menuju ke Tokyo itu berhenti di tengah perjalanan selepas satu gerabak dipenuhi asap.

“Seorang penumpang lelaki yang duduk di kerusi hadapan tiba-tiba mencurah minyak di kerusi dan badannya sebelum menyalakan api.

“Api itu membakar badan lelaki berkenaan dan merebak dengan pantas,” kata seorang penumpang.

Selain lelaki itu, seorang lelaki penumpang wanita juga meninggal dunia dalam kejadian berkenaan.

Polis berkata, punca kematian penumpang wanita itu masih belum disahkan tetapi mangsa mungkin maut akibat terhidu asap tebal. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Julai 2015 @ 7:13 AM