VIVO X5Pro
VIVO X5Pro
Oleh Sofyan Rizal Ishak


Kuala Lumpur: Vivo Global, pengeluar jenama telefon pintar Vivo memperkenalkan model terbarunya iaitu X5Pro 'Touch by Beauty' di pasaran Malaysia dengan harga jualan RM1,599.

Naib Presidennya, Alex Feng berkata, model itu dilengkapi dengan kaca 2.5D di kedua-dua belah permukaan dan digabungkan dengan bingkai logam serta kemasan yang menakjubkan dalam badan senipis 6.4 milimeter (mm).

"Vivo X5Pro turut mempunyai kualiti bunyi Hi-Fi professional bagi menikmati kualiti bunyi mengagumkan," katanya pada majlis pelancaran model itu di sini, hari ini.

Vivo X5Pro menggunakan sistem operasi Fun Touch OS Android 5.0 Lolipop dengan memori 2GB RAM dan 16GB ROM.

Antara ciri istimewa Vivo X5Pro adalah ia dilengkapi dengan 'SmartWake' yang membolehkan pengguna mengawal telefon terbabit dengan isyarat tangan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Jun 2015 @ 8:47 PM