KEDAI emas yang cuba dirompak.
KEDAI emas yang cuba dirompak.
Oleh Fardy Bungga

Cheras: Cubaan lapan lelaki merompak sebuah kedai emas di pasar raya Econsave, Cheras, gagal dalam kejadian kira-kira 11.46 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, siasatan awal mendapati empat daripada lapan suspek itu masuk ke premis berkenaan dan bertindak memecahkan cermin kaca penyimpanan emas terbabit.

Bagaimanapun katanya, sebaik penggera keselamatan kedai emas berkenaan berbunyi, keempat suspek terus melarikan diri.

"Empat lagi suspek menunggu rakan mereka di luar pasar raya berkenaan sebelum melarikan diri menggunakan empat motosikal.

" Seorang daripada suspek dipercayai membawa pistol dan semua suspek berpakaian gelap, memakai sarung tangan dan helmet semasa kejadian,"katanya ketika ditemui, sebentar tadi.

Menurutnya, polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup dan kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Jun 2015 @ 3:48 PM