SEORANG penduduk menyembur racun serangga pada tanamannya tanpa menghiraukan Gunung Sinabung yang mengeluarkan debu ke udara.
SEORANG penduduk menyembur racun serangga pada tanamannya tanpa menghiraukan Gunung Sinabung yang mengeluarkan debu ke udara.
AP

Tanah Karo, Indonesia: Ribuan penduduk yang tinggal berhampiran lereng Gunung Sinabung masih enggan berpindah walaupun pihak berkuasa bimbang gunung berapi berkenaan akan meletus dengan lebih kuat.

Gunung Sinabung diletakkan pada aras berjaga-jaga paling tinggi selepas meletus beberapa kali dan mengeluarkan asap serta debu setinggi 700 meter ke udara.

Beberapa ribu penduduk kampung sudah meninggalkan kawasan lereng gunung berapi berkenaan sejak Isnin lalu selepas ia semakin aktif.

Bagaimanapun, pegawai agensi kecemasan, Subur Tambun berkata, hanya 10,000 daripada 33,000 penduduk yang tinggal di zon bahaya sudah berpindah ke pusat pemindahan sementara.

“Ramai penduduk masih enggan berpindah kerana mahu menjaga tanaman mereka.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Jun 2015 @ 9:16 AM