IMEJ ini diambil pada 6 Jun memaparkan malim gunung , Roland Sopain (kanan) berhenti rehat ketika menyertai operasi mencari mangsa gempa bumi di puncak Gunung Kinabalu. FOTO Mohd Yusni Ariffin
IMEJ ini diambil pada 6 Jun memaparkan malim gunung , Roland Sopain (kanan) berhenti rehat ketika menyertai operasi mencari mangsa gempa bumi di puncak Gunung Kinabalu. FOTO Mohd Yusni Ariffin
Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus

Kuala Lumpur: Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menerima usul gempa bumi di Sabah untuk dibahaskan pada sesi perbahasan petang ini.

Usul berkenaan dibentangkan oleh Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin selepas selesai sesi soal jawab.

Dalam hujahnya, Bung berkata, pembentangan usul berkenaan adalah untuk menzahirkan rasa dukacita terhadap kejadian gempa bumi di Ranau, Sabah.

Usul ini juga akan membincangkan nasib malim gunung yang terjejas akibat kejadian itu dan sumbangan yang boleh diberikan.

"Selain itu, kita juga akan mencadangkan satu jawatan kuasa khas gempa bumi ditubuhkan bagi membolehkan orang ramai mendapat maklumat lebih awal serta cadangan pembinaan laluan mendaki baru yang lebih selamat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Jun 2015 @ 12:46 PM