Anggota kumpulan Bigbang mendedahkan ada mengambil minuman keras ketika menjalani penggambaran video muzik lagu terbaru berjudul We Like 2 Party.

Wakil kumpulan itu berkata, Bingbang mahu menunjukkan suasana sebenar dan selepas berbincang, mereka memutuskan lebih baik video itu nanti merakam perasaan sebenar lagu dan bukan sekadar melakonkannya.

“Oleh itu, mereka mabuk dalam studio sebelum merakam video. Peminat dapat melihat sisi lain Bigbang dalam video itu,” katanya.

Video itu ditayangkan buat pertama kali ketika konsert Bigbang Countdown Live yang berlangsung pada 1 Jun lalu.

TOP berkata, Bigbang sentiasa berusaha keras menghasilkan video muzik terbaik. Namun kali ini mereka mahu tampil comel dan jujur.

“Apa yang kami tampilkan kali ini adalah sisi sebenar kami. Ia nampak lebih semula jadi dan jujur.

“Peminat boleh berharap ia berbeza daripada video muzik terdahulu,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Jun 2015 @ 5:06 AM