Ramai peminat Bigbang pastinya tidak sabar menanti kedatangan kumpulan K-pop popular itu ke Malaysia pada 24 dan 25 Julai ini.

Pada Countdown Live MADE Series bersama Naver Starcast pada 30 Jun lalu, Bigbang memperkenalkan lagu baru mereka, If You dan Sober.

Kata mereka, ‘If You’ berbeza daripada lagu-lagu yang ada dalam album siri Made kerana semua anggota kumpulan menyanyi bersama.

Kata Seungri, ibunya menyukai lagu itu malah CEO mereka, Yang Hyun Suk juga sukakannya.

“Ini menunjukkan mereka berumur 30 tahun ke atas menyukainya. Lagu itu juga menenangkan dan menyedihkan daripada lagu-lagu yang pernah kami hasilkan setakat ini.

“Saya harap pendengar turut terharu seperti kami. G-Dragon selalunya melakukan tugas yang sangat baik mengarah kami ketika merakam lagu, tapi kali ini dia biarkan kami buat apa saja yang kami mahu,” katanya.

G-Dragon akui banyak perkara bermain di fikirannya tatkala menulis lagu itu. Katanya, semua orang pernah merasai cinta dan dia mahu mereka meluahkannya de­ngan cara sendiri.

Taeyang pula memuji kelebihan Seungri menyanyi dengan vokal yang sangat hebat dalam lagu itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Julai 2015 @ 5:06 AM