ZALMAN Aefendy (tengah) pada pelancaran Xpax Magic Sim.
ZALMAN Aefendy (tengah) pada pelancaran Xpax Magic Sim.

Kuala Lumpur: Celcom Axiata Bhd memperkenalkan pakej kad sim terbarunya, Magic Sim menerusi Xpax, jenama utama prabayarnya bagi keperluan komunikasi yang dilihat akan menjadi pemangkin untuk rakyat Malaysia mempunyai akses Internet pada kadar bayaran terendah.

Ketua Pegawai Pemasaran dan Jualan, Zalman Aefendy Zainal Abidin berkata, pelancaran itu sejajar dengan matlamat Celcom untuk menjadi peneraju segmen Internet dan memastikan setiap lapisan masyarakat dihubungkan dengan kelajuan 4G LTE di semua rangkaian wilayahnya.

“Magic Sim menampilkan sesuatu yang berbeza berbanding pakej telekomunikasi lain. Satu pek permulaan yang berharga RM5 dilengkapi capaian Internet berkelajuan tinggi dengan 200 Megabait (MB) untuk Facebook, YouTube, Instagram serta percuma 20 minit panggilan dan sistem pesanan ringkas (SMS) ke nombor Celcom.

“Selain itu, keistimewaan Magic Sim juga apabila ia tidak mengenakan sebarang caj tambahan untuk penggunaan Internet selepas kehabisan data. Oleh itu, pelanggan boleh menikmati dunia Internet dengan melanggan tawaran terhebat ini,” katanya pada pelancaran Magic Sim, semalam.

Beliau berkata, inisiatif yang diambil syarikatnya membenarkan orang ramai melanggan pada harga serendah RM1 sehari untuk komunikasi digital yang mana ia membantu meningkatkan kelancaran dalam komunikasi serta meluaskan akses jalur lebar.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Jun 2015 @ 6:20 AM