PERSEMBAHAN yang mengasyikkan daripada peserta.
PERSEMBAHAN yang mengasyikkan daripada peserta.
Oleh Ruhaiza Rusmin


Dalam usaha menyokong proses pembangunan negara melalui perlaksanaan aktiviti kebudayaan, Management & Science University (MSU) menganjurkan MSU Performing Arts Competition 2015 (MPAC 2015), baru-baru ini .

Pertandingan edisi kedua itu bertujuan menjadi landasan kepada pelajar sekolah untuk menonjolkan bakat dalam bidang seni, kreatif dan kebudayaan tradisional.

Empat kategori pertandingan ialah Tarian Tradisional dan Etnik Kreatif, Instrumen Muzikal Tradisional/Combo, Dikir Barat dan Nyanyian Solo.

Seramai 563 pelajar dari 33 sekolah menengah sekitar Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor turut mengambil bahagian.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Mei 2015 @ 1:46 PM