USAHA sedang dijalankan untuk membawa turun lelaki yang pengsan. FOTO Arifin Salleh
USAHA sedang dijalankan untuk membawa turun lelaki yang pengsan. FOTO Arifin Salleh
Oleh Arifin Salleh

Kluang: Lelaki 24 tahun pengsan di puncak Gunung Lambak ketika menyertai program Rakan Muda di Taman Rekreasi Gunung Lambak di sini, 8 pagi tadi.

Difahamkan, Mohd Farahin Abd Rahman bersama 27 peserta dari Kawasan Rukun Tetangga Simpang Renggam mula mendaki gunung itu dan pengsan ketika kira-kira 200 meter menghampiri puncak.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kluang, Pegawai Bomba Kanan 2 Abd Satar Monel berkata, pihaknya menerima panggilan pada 9.58 pagi.

Sembilan anggota bersama sebuah jentera dan dua ambulans termasuk dari Hospital Kluang terbabit dalam operasi berkenaan.

Katanya, anggota penyelamat masih berusaha menurunkan mangsa dari puncak gunung berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Mei 2015 @ 1:34 PM