Ekaterina Parfenova. - Foto The Telegraph
Ekaterina Parfenova. - Foto The Telegraph

London: Ratu cantik Russia dan pelakon, Ekaterina Parfenova, yang kes perceraiannya menjadi tumpuan kerana menuntut £6 juta (RM32.4 juta), menegaskan dia tidak mengahwini suaminya kerana wang walaupun menuntut apartmen berhampiran Istana Kensington di sini, yang bernilai £5.5 juta (RM29.7 juta)

Ekaterina dan suaminya, Richard Field, seorang peguam antarabangsa di Miami, Amerika Syarikat, beberapa kali didesak hakim supaya mencari penyelesaian di luar mahkamah berikutan kos perbicaraan itu kini sudah mencapai kira-kira £1 juta (RM5.4 juta).

Ekaterina, 42, ialah bekas pelakon kanak-kanak di Russia sebelum dimahkotakan sebagai ‘Miss World University’. Pasangan itu berkahwin selama 10 tahun sebelum dibenar bercerai dua tahun lalu, namun gagal mencapai persetujuan harta, ganti rugi dan tempat tinggal Parfenova bersama dua anaknya.

Dia juga menuntut bayaran £750,000 (RM4 juta) setahun selain bayaran sekali gus harta mereka sebanyak £2.6juta (RM14.4 juta). - The Telegraph

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Mei 2015 @ 7:58 PM