EKATERINA. FOTO @katti_loves_life/ Instagram
EKATERINA. FOTO @katti_loves_life/ Instagram
Agensi

MOSCOW: Seorang pakar teknologi maklumat dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun kerana membunuh seorang wanita yang juga doktor dan pekerja seks sambilan di Russia.

Maxim Gareyev, 33, lulusan Universiti Terbuka Britain mengaku menikam mati Ekaterina Semochkina, 24, di rumah wanita itu di Moscow.

Dailymail melaporkan, dalam keterangannya kepada mahkamah, Gareyez mengaku menyerang Ekaterina selepas wanita itu menghina kekayaan, kehebatan seksual dan keperibadiannya selepas bertemu untuk sesi seks berbayar, Julai tahun lalu.

Lebih kejam, selepas mengelar leher dan menikam dada wanita itu, dia menyumbat mayat mangsa tanpa pakaian itu dalam bagasi.

Ibu mangsa, Dr Olga Semochkina, seorang ahli kardiologi memberitahu mahkamah Moscow, dia pergi ke flat Ekaterina selepas anaknya itu tidak dapat dihubungi.

“Saya melihat anak saya di dalam beg pakaian,” katanya.

Ekaterina atau nama gelarannya Katya, adalah doktor bertauliah yang juga blogger kecantikan di Instagram dan mempunyai 85,000 pengikut.

Dia juga dipercayai bekerja separuh masa sebagai pekerja seks dengan kadar bayaran 130 Pound Sterling (kira-kira RM697) sejam.

Gareyev mendakwa, mangsa mengejeknya kerana tidak kaya berbanding lelaki lain yang ditemuinya selain gagal memuaskan nafsunya di tempat tidur.

GAREYEV mendakwa Ekaterina mengejeknya kerana tidak kaya berbanding lelaki lain yang ditemuinya selain gagal   memuaskan nafsunya di tempat tidur. FOTO East2west News
GAREYEV mendakwa Ekaterina mengejeknya kerana tidak kaya berbanding lelaki lain yang ditemuinya selain gagal memuaskan nafsunya di tempat tidur. FOTO East2west News

Beliau memberitahu Jawatankuasa Siasatan Russia selepas mereka melakukan hubungan seks, mangsa membuat lawak terhadap ‘prestasinya’.

“Saya hilang kawalan dan terus ke dapur mengambil pisau dan mengelar lehernya.

“Dia (Ekaterina) cuba melarikan diri ke bilik mandi dan mengunci pintu, saya heretnya keluar dari bilik mandi, darahnya menitis, kemudian di koridor dia mula menjerit.

“Saya menutup mulutnya dan menikamnya lagi ke dada dengan pisau sehingga dia mati,” katanya.

Ibu bapa Ekaterina yang hadir perbicaraan itu menafikan anaknya pelacur.

Mereka mendakwa rakan sekelas satu universiti yang cemburu menyebabkan gambar anaknya diletakkan dalam laman pornografi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Mac 2020 @ 7:01 AM