ROGER Federer
ROGER Federer
ANDRE Aggasi
ANDRE Aggasi
PETE Sampras
PETE Sampras
SERENA Williams
SERENA Williams
MARIA Sharapova
MARIA Sharapova
Susunan Lokman Zainal Abidin


Tenis adalah salah satu sukan yang paling popular di dunia dan ia mempunyai jutaan peminat selain ramai yang mengimpikan untuk bergelar bintang tenis satu hari nanti.

Semuanya kerana tenis mampu menjana pendapatan lumayan buat individu yang berbakat besar dan jika berjaya menduduki salah satu daripada ranking teratas dunia, sudah tentu ia memberikan pulangan yang bukan calang-calang.

Lapan pemain tenis utama yang disenaraikan di sini, bukan saja menjadikan tenis sebagai punca kekayaan tetapi sukan itulah juga yang menjulang nama mereka untuk melakar sejarah, rekod serta catatan gemilang yang akan dikenang sampai bila-bila.

1. Roger Federer

Roger Federer sedang menduduki ranking nombor dua dunia dan dia pernah dinobatkan sebagai Pemain Tenis Profesional Kedua Terbaik di Dunia oleh Persatuan Pemain Tenis Profesional (ATP).

Berusia 34 tahun, bintang berasal dari Switzerland itu pernah memenangi pelbagai kejuaraan serta anugerah berikutan pencapaiannya itu.

Ketika ini, Roger Federer dianggarkan bernilai AS$300 juta (RM1.08 bilion) selain memperoleh pendapatan lebih AS$40 juta (RM144.4 juta) setahun.

Federer menjadi duta serta model pelbagai produk terkenal seperti Moet$Chandon, Rolex, Nike serta Credit Suisse.

2. Andre Aggasi

Andre Aggasi sudah bersara daripada arena tenis. Beliau pernah bernaung di bawah Persatuan Pemain Tenis Profesional Amerika.

Beliau memegang gelaran selaku pemain nombor satu dunia selama beberapa tahun dan sepanjang tempoh itu, Aggasi mengumpul kekayaan berjumlah AS$175 juta (RM631.8 juta).

Angassi adalah seorang dermawan yang sangat aktif dan beliau menubuhkan Yayasan Kebajikan Andre Agassi.

3. Pete Sampras

Pete Sampras adalah salah seorang ‘musuh ketat’ Andre Agassi sepanjang kariernya dan beliau pernah menumbangkan Agassi ketika perlawanan akhir Terbuka AS 2002.

Sampras mengumpul kekayaan lebih AS$150 juta (RM541.6 juta) dan menduduki tangga selaku pemain profesional nombor satu dunia selama beberapa tahun.

4. Serena Williams

Serena Williams bernilai lebih AS$100 juta (RM361 juta).

Dia mula bermain tenis pada usia muda bersama kakaknya, Venus yang juga seorang pemain profesional. Serena pernah menjulang pelbagai kejohanan dan menduduki takhta selaku pemain nombor satu selama enam tahun.

Serena turut memiliki jenama sendiri selain menjadi model untuk pelbagai produk.

5. Maria Sharapova

Musuh paling ketat Serena Williams ialah Maria Sharapova, seorang pemain tenis profesional dari Russia.

Jelitawan berusia 28 tahun itu dianggarkan bernilai lebih AS$90 juta (RM325 juta) dan mengisi senarai antara pemain tenis yang menerima bayaran paling tinggi apabila memperoleh lebih AS$24 juta (RM86.6 juta)setahun.

Maria menandatangani kontrak selaku model untuk jenama Nike dan Head selain turut memiliki aksesori berjenama sendiri serta gula-gula yang dihasilkan menggunakan namanya.

6. Rafeal Nadal

Rafeal Nadal adalah pemain tenis profesional Sepanyol dan dia dilahirkan pada June 1986. Dia memiliki aset yang dianggarkan bernilai lebih AS$80 juta (RM288.6 juta).

Nadal juga pernah menduduki tangga teratas ranking dunia sebelum dipintas Roger Federer.

Pada 2012, Nadal mengalami kecederaan lutut yang memaksanya berehat selama kira-kira tujuh bulan dan hanya kembali bermain pada 2013.

Sekembalinya ke gelanggang, Nadal memenangi AS$6.8 juta (RM24.5 juta) menerusi pelbagai kejohanan dalam jelajah lelaki.

Wajah Nadal dapat dilihat di mana-mana di seluruh dunia selepas dia menjadi model dan duta kepada Kia Motors, Bacardi, Nike serta Babolat.

7. Venus Williams

Venus Williams adalah kakak kepada bintang tenis terkemuka wanita dunia, Serena Williams.

Venus dianggarkan bernilai kira-kira AS$60 juta (RM216.7 juta) dan muncul pemain Afrika-Amerika pertama yang menduduki tangga teratas carta pemain terbaik dunia di dalam era terbuka.

Venus pernah memenangi dua emas Olimpik.

8. Novak Djokovic

Novak Djokovic dianggarkan bernilai AS$50 juta (RM180.6 juta).

Djokovic dilahirkan di Belgrade, Yugoslavia pada 22 Mei 1887 dan mula bergelar pemain tenis profesional sejak 2003.

Dia pernah memenangi pelbagai kejohanan yang menawarkan hadiah antara AS$22 juta hingga AS$50 juta (RM79.4 juta hingga RM180.6 juta).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Mei 2015 @ 11:21 AM