Oleh Shamsul Munir Safini


Permatang Pauh: Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi kenal pasti serta pantau pergerakan 14 kumpulan kongsi gelap yang bergiat aktif di Pulau Pinang.

Katanya, kumpulan kongsi gelap terancang ini sentiasa dipantau pihaknya selain pergerakan ahli kumpuan ini sememangnya diketahui pihaknya.

Beliau berkata, demikian mengulas pertanyaan media mengenai usaha membanteras kegiatan kongsi gelap di Pulau Pinang selepas beberapa siri kejadian jenayah terancang di negeri ini.

"Saya memberi amaran kepada kumpulan ini agar tidak mengganggu ketenteraman awam jika tidak mahu diambil tindakan pihaknya.

"Kita tahu pergerakan mereka malah mempunyai data lengkap berhubung maklumat ahli serta organsasi mereka," katanya etika mengadakan lawatan ke Dewan Perdana Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam yang juga Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 April 2015 @ 12:56 PM