MANGSA maut di lokasi kejadian. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan
MANGSA maut di lokasi kejadian. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan
Oleh Mohd Hilmie Hussin

Melaka: Seorang buruh binaan maut selepas kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan di Jalan Alai-Merlimau berdekatan Sekolah Kebangsaan Alai, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 7 pagi, mangsa, Muhammad Irfan Azman, 23, dikatakan dari arah Melaka menuju Merlimau.

Menurut sumber, setibanya di tempat kejadian mangsa yang memandu kereta Proton Saga BLM dikatakan terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Proton Wira Aeroback dari arah bertengan.

"Mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan dalaman.

"Manakala, pemandu Proton Wira Aeroback mengalami kecederaan ringan," kata sumber.

Mayat dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 April 2015 @ 11:58 AM