FOTO ihsan polis
FOTO ihsan polis
Oleh Siti Nadzirah Che Muda

Machang: Lapan pelajar cedera ringan selepas van sekolah yang dinaiki terbalik dirempuh kereta di Batu 25, Jalan Machang-Kuala Krai, petang tadi.

Dalam kejadian 2.15 petang itu semua mangsa berusia antara 14 hingga 15 tahun dari Sekolah Menengah Kebangsaan Machang dalam perjalanan pulang ke rumah.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Loo Lian Lay berkata, siasatan awal mendapati van sekolah itu dirempuh dari belakang ketika ingin memasuki simpang.

"Rempuhan itu menyebabkan van sekolah berkenaan terbalik.

"Kesemua mangsa bagaimanapun hanya cedera ringan dan dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di Hospital Machang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 April 2015 @ 10:54 PM