Kuala Lumpur: IKEA yang bersedia menghadapi pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) Malaysia bermula semalam menegaskan harga semua produk yang tercatat pada Katalog IKEA 2015 kekal sama seperti sebelum pelaksanaannya demi menjaga kepentingan pengguna.

Gedung perabot dan kelengkapan rumah terbesar itu dalam kenyataannya berkata, pihaknya komited menyediakan pelbagai produk kelengkapan dan hiasan kediaman dari Sweden yang direka dengan teliti, berfungsi dengan baik serta berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan untuk manfaat orang ramai.

Pelanggan boleh terus menikmati produk dan penyelesaian hebat IKEA pada kadar harga rendah walaupun selepas pelaksanaan GST. Ikea berharap langkah ini boleh membantu lebih ramai rakyat Malaysia menikmati kehidupan harian lebih baik.

Menurut Ikea, produk berkenaan dapat dijual pada harga lebih rendah dari tahun sebelumnya kerana dapat menjualnya dalam kuantiti yang banyak.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 April 2015 @ 8:38 AM