INSPIRASI penataan ruang tamu yang memerlukan cita rasa dan keperluan anda.
INSPIRASI penataan ruang tamu yang memerlukan cita rasa dan keperluan anda.
KATALOG IKEA 2018 menawarkan pelbagai pilihan buat anda.
KATALOG IKEA 2018 menawarkan pelbagai pilihan buat anda.
REKAAN atau idea dekorasi ruang umpama terapi buat Yanjaa.
REKAAN atau idea dekorasi ruang umpama terapi buat Yanjaa.
Hartini Mohd Nawi


Kajian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendapati 66 peratus daripada populasi di dunia bakal tinggal di bandar menjelang 2050.

Malaysia juga tidak terkecuali apabila 75 peratus penduduk dijangka tinggal di bandar menjelang 2020.

Malah cita rasa dan keperluan ruang kediaman atau pejabat pula turut berubah mengikut peredaran zaman sesuai gaya hidup masyarakatnya.

Di situ letaknya peranan IKEA dalam memberikan inspirasi kepada masyarakat negara ini dalam menghadapi cabaran kehidupan moden dengan perabot dan kelengkapan rumah bagi ruang selesa serta fleksibel.

Lantas Katalog IKEA 2018 antara penyelesaian terbaik ruang apabila pelbagai rekaan baru bertemakan Wujudkan Ruang untuk Kehidupan dengan fokus utama ruang tamu kediaman diketengahkan.

Pengurus Stor IKEA Damansara Gerard Jansen berkata, empat asas yang diberi tumpuan membabitkan ruang tamu iaitu aktiviti untuk rakan, keramaian, bermain dan alam semula jadi.

“Justeru, katalog ini sebagai rujukan anda untuk menggunakan sepenuhnya ruang tamu kediaman.

“Selari zaman, IKEA menawarkan pelbagai rekaan menarik, mampu milik dan penyelesaian ruang bagi memenuhi fungsi serta ‘emosi’ penghuninya,” katanya ketika majlis pelancaran katalog IKEA 2018 di IKEA Damansara, baru-baru ini.

Turut hadir pemenang pingat emas World Memory Championship 2014 dan 2015, Yanjaa Wintersoul yang mempunyai daya ingatan kuat serta mampu menghafal 328 muka surat katalog IKEA 2018.

“Rekaan atau idea dekorasi ruang umpama terapi yang begitu memberikan ketenangan.

“Keindahan yang diserlahkan pada ruang tamu umpamanya bagaikan memahat memori menyeronokkan dan kembali dikenang jika anda berada jauh dari kediaman,” kata Yanjaa yang sangat meminati konsep ringkas, praktikal dan minimalis. Menariknya, semua konsep itu ada ditawarkan IKEA.

Pada masa sama Katalog IKEA 2018 turut menampilkan produk kitar semua seperti kerusi ODGER yang baru. Ia dihasilkan berasaskan bahan komposit kayu-plastik yang dikitar semula.

Kolaborasi dengan pereka hebat

Setiap dari kita mempunyai cita rasa dan keperluan ruang berbeza.

Menyedari situasi itu, IKEA turut menjalinkan kolaborasi dengan pakar rekaan.

Koleksi YPPERLIG yang menarik, hasil kolaborasi bersama dengan syarikat rekaan Denmark, HAY.

Kolaborasi ini menyerlahkan nilai dan identiti Scandinavia yang digabungkan dengan teknik pengeluaran yang terkini.

Dalam kolaborasi yang lain, IKEA meneroka pendekatan yang baru untuk tempat duduk dan tempat tidur bersama dengan pereka British, Tom Dixon.

Begitu juga koleksi DELAKTIG mendapat ilham daripada industri teknologi, seperti sofa dengan rangka aluminium yang boleh ‘digodam’ untuk mengubah fungsinya.

Pada masa sama katalog IKEA 2018 turut menampilkan produk kitar semula seperti kerusi ODGER yang baru.

Ia dihasilkan berasaskan bahan komposit kayu-plastik yang dikitar semula.

Menerusi tawaran Harga Lebih Rendah (ELP), kini IKEA memperkenalkan produk baru seperti meja dulang GLADOM.

Di samping itu, IKEA tidak ketinggalan menawarkan hidangan yang sihat, lestari dan enak dengan harga yang berpatutan.

Bermula esok, Katalog IKEA 2018 dijangka diedarkan.

Katalog IKEA versi digital juga tersedia secara dalam talian di IKEA.my/catalogue dan melalui Aplikasi Katalog IKEA.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 September 2017 @ 1:54 AM