Oleh Shamsul Munir Safini


Kangar: Keluarga mangsa Shahrul Rizal Abd Rahim, 30, yang ditembak mati seorang koperal polis di Gurun,Kedah 4 Mac lalu mahu siasatan adil dilakukan ke atas kes berkenaan serta dipercepatkan.

Ibu mangsa Sharida Abdul Rahman, 48, melalui peguam pemerhati yang dilantik keluarganya Zuhair Ahmad mahu agar pertuduhan kes berkenaan dijalankan dengan segera.

Zuhair berkata, pertuduhan kes berkenaan belum dijalankan dan berharap ia dilakukan dengan segera.

Katanya, difahamkan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam kejadian 4 Mac lalu, arwah Shahrul maut akibat ditembak di belakang dada oleh seorang koperal polis di kilang lama di Gurun, Kedah sebelum disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Hamid Sungai Petani.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Mac 2015 @ 12:09 PM