Sudah tiba masanya pengguna iOS memindah turun aplikasi Darkness Fallen, sebuah game berasaskan pertukaran kad yang diperoleh secara digital.

Darkness Fallen menjadikan anda hero menentang musuh dengan mengumpul orang kuat anda daripada kad.

Kemudian, anda perlu mempertahankan tanah Pandora yang mana dalam proses itu membolehkan pengumpulan hero baru dengan kuasa tersendiri.

Hero terbabit juga boleh mendapat kuasa baru dan elakkan pertukaran kepada kad kuasa jahat.

Kombinasi pertahanan menara dan cara bermain yang unik menjadi kekuatan aplikasi.

Kepada pengguna Android, anda masih boleh mendapatkan game ini, cuma ia belum dirasmikan lagi di platform terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Mac 2015 @ 5:04 AM