Bagi yang mahukan game strategi, tapi santai untuk telefon Android anda, boleh memindah turun Empire Defense II yang mengisahkan kehidupan seorang hero, Leo bersama abangnya menentang sekumpulan pemberontak dalam dunia penuh aksi.

Pada masa sama, terdapat ahli sihir, Mage Horn yang cuba menawan beberapa lokasi dengan menyihir karakter jahat.

Dalam aplikasi yang ditawarkan secara percuma ini, anda boleh memilih beberapa hero yang memiliki skil dan kekuatan tertentu malah boleh ditambah kuasanya selepas beberapa tahap.

Anda boleh menetapkan pertahanan dengan menggerakkan hero anda ke depan yang disusuli dengan serangan pihak musuh.

Hero anda boleh dimasukkan dalam satu kumpulan kecil. Cara paling baik untuk menang adalah deĀ­ngan menetapkan koordinasi ketika menentang musuh yang dilakukan secara bebas.

Sehingga kini, terdapat beberapa ciri baru dalam permainan ini termasuk pengumpulan emas dan kristal di kawasan pertarungan sendiri.

Kuasa anda akan bertambah yang ditentukan dengan jumlah musuh ditewaskan serta emas dikumpul dalam tempoh tertentu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Disember 2015 @ 12:52 PM