ANGGOTA polis memeriksa dokumen penunggang motosikal yang ditahan.
ANGGOTA polis memeriksa dokumen penunggang motosikal yang ditahan.
ANTARA penunggang dan pembonceng yang ditahan dalam operasi.
ANTARA penunggang dan pembonceng yang ditahan dalam operasi.
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin


Georgetown: Polis menahan 275 penunggang dan pembonceng motosikal yang dipercayai terbabit dalam kegiatan lumba haram di Jalan Sultan Azlan Shah, awal pagi tadi.

Operasi bersepadu bermula dari 11 malam hingga 6 pagi membabitkan enam pegawai dan 55 anggota polis trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL).

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, 223 motosikal diperiksa dan 220 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan serta 67 motosikal disita.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan semua motosikal yang disita dibawa ke IPDTL.

Katanya, pihaknya turut menjalankan ujian air kencing untuk mengesan mereka yang terbabit dalam penggunaan dadah.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Mac 2015 @ 10:31 AM