KHOO menunjukkan gamat yang ditangkap nelayan asing. FOTO Azlan Hafeedz
KHOO menunjukkan gamat yang ditangkap nelayan asing. FOTO Azlan Hafeedz
Oleh Azlan Hafeedz


Pasir Puteh: Seorang tekong dan tiga awak-awak warga Vietnam ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kerana menceroboh perairan Tok Bali, di sini kira-kira 1 pagi tadi.

Ketua Penguatkuasa APMM Daerah Maritim 10 Tok Bali, Komander Maritim Khoo Teng Chuan berkata, mereka ditahan ketika menangkap gamat kira-kira 37 batu nautika di timur laut Tok Bali.

"Tekong dan awak-awak berusia 30 hingga 40 tahun. Turut disita adalah bot saiz A yang digunakan," katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.

Beliau berkata, gamat menjadi tarikan baru nelayan asing kerana harganya mencecah RM26 sekilogram dan mendapat permintaan tinggi di negara itu.

Mereka ditahan mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Mac 2015 @ 2:09 PM