ANTARA rokok haram yang dirampas Pasukan Polis Marin. FOTO ihsan Polis Marin
ANTARA rokok haram yang dirampas Pasukan Polis Marin. FOTO ihsan Polis Marin
Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

Johor Bahru: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor merampas 6,870 paket rokok pelbagai jenis yang dianggarkan bernilai RM65,883.89 termasuk cukai dalam stor di Pekan Nenas, Pontian dekat sini, semalam.

Dalam serbuan kira-kira 10.30 pagi itu, seorang wanita berusia 51 tahun yang dipercayai penjaga stor berkenaan turut ditahan.

Komander PPM Wilayah Dua Johor, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, barang rampasan dan tahanan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.

"Operasi terhadap penyeludupan rokok akan diteruskan dari semasa ke semasa" katanya.8

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Mac 2015 @ 10:59 AM