INOVASI penciptaan televisyen dari Samsung pada Forum Samsung Asia Tenggara 2015 di Bangkok yang diterangkan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Samsung Electronics Asia Tenggara dan Ocenia, Yong Sun Jeon.
INOVASI penciptaan televisyen dari Samsung pada Forum Samsung Asia Tenggara 2015 di Bangkok yang diterangkan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Samsung Electronics Asia Tenggara dan Ocenia, Yong Sun Jeon.
YONG menerangkan IoT ketika acara pembukaan Forum Samsung Asia Tenggara 2015 di Bangkok.
YONG menerangkan IoT ketika acara pembukaan Forum Samsung Asia Tenggara 2015 di Bangkok.
WAKIL media melihat televisyen pintar keluaran Samsung, SUHD TV.
WAKIL media melihat televisyen pintar keluaran Samsung, SUHD TV.
MODEL menunjukkan penggunaan robot vakum pintar Samsung, POWERbot VR9000.
MODEL menunjukkan penggunaan robot vakum pintar Samsung, POWERbot VR9000.
PENGUN JUNG Forum Samsung Asia Tenggara 2015 mencuba kamera kompak Samsung NX500 yang bakal berada di pasaran pada tahun ini.
PENGUN JUNG Forum Samsung Asia Tenggara 2015 mencuba kamera kompak Samsung NX500 yang bakal berada di pasaran pada tahun ini.
Oleh Hafiz Ithnin


Penjualan telefon pintar nampaknya semakin meningkat dari semasa ke semasa dan ini turut disokong oleh pelbagai statistik daripada kajian pasaran yang dijalankan antaranya portal statistik asing, Statista mengunjurkan sebanyak 1.28 bilion telefon pintar dijual dalam pasaran global pada 2014 dan mampu mencapai 1.87 bilion menjelang akhir 2015.

Manakala bagi pasaran tempatan menurut syarikat kajian pasaran antarabangsa, GFK, mengunjurkan sejumlah 8.5 juta telefon pintar dijual di pasaran Malaysia, meningkat tiga peratus daripada tahun sebelumnya.

Penggunaan telefon pintar secara konvensionalnya akan lebih menjurus kepada kegunaan telekomunikasi dalam bentuk media sosial, penghantaran e-mel, permainan atas talian atau pun berkongsi peta.

Namun, penggunaan telefon pintar bersama jaringan Internet dipertingkatkan serta pembangunan inovasi dalam kandungan memberi kesan begitu menarik dalam dunia teknologi hari ini.

Kebelakangan ini, penggunaan frasa Internet untuk segalanya atau dikenali sebagai IoT begitu galak disebut-sebut oleh pemain industri teknologi dan paling menarik mengaitkannya kepada penggunaan peralatan rumah.

Jenama seperti Samsung, Panasonic dan LG adalah antara pemain teknologi dalam peralatan rumah dan kini ke arah pembangunan produk yang boleh dikaitkan dengan IoT.

Ini kerana, kegunaan peralatan rumah seperti peti sejuk, televisyen, pendingin hawa, mesin basuh, vakum atau sistem pembesar suara mampu diakses hanya menggunakan telefon pintar.

Baru-baru ini, IT@Metro berkesempatan menyertai Forum Samsung Asia Tenggara 2015 di Bangkok, Thailand yang acara tahunan dianjurkan oleh syarikat elektronik gergasi dari Korea Selatan itu menampilkan rangkaian produk keluarannya yang bakal dipasarkan sepanjang 2015.

Pelbagai segmen produk diperkenalkan kepada media serta rakan niaganya mengikut pecahan segmen daripada telefon pintar sehingga produk barangan keperluan rumah.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Samsung Electronics Asia Tenggara dan Ocenia, Yong Sun Jeon berkata, IoT memberi transformasi untuk memberi kemudahan dalam kehidupan manusia untuk mengakses produk elektronik secara jarak jauh.

Beliau berkata, IoT boleh mengubah kehidupan kita pada masa depan contohnya imiginasi untuk menghidupkan enjin kenderaan dan muzik dari jarak jauh ia dapat dilakukan pada masa depan.

“Menerusi perkembangan ini, Samsung akan terus membangunkan inovasi produk yang berkaitan dengan IoT dan mampu memberi manfaaat kepada pengguna.

“Pada tahun ini, kami memperkenalkan barisan produk elektronik yang diyakini dapat memenuhi kehendak pelanggan di rantau ini (Asia Tenggara) dan antaranya mempunyai ciri produk rumah pintar,” katanya berucap dalam pembukaan Forum Samsung Asia Tenggara 2015.

Antara yang menarik perhatian ketika berlangsungnya acara itu ialah produk televisyen pintarnya, SUHD TV yang dijangka memasuki pasaran tempatan pada separuh pertama 2015.

Ciri produk pintar yang diperkenalkan di dalam SUHD TV ialah pengguna boleh menetapkan beberapa fungsi penggunaan televisyen berkenaan seperti ia boleh terpasang secara tersendiri pada waktu pagi dan menyenaraikan program yang perlu dilakukan oleh pemiliknya.

Perkara ini dapat ditetapkan menerusi penggunaan kandungan telefon pintar atau dikenali sebagai aplikasi televisyen berkenaan apabila ia memberi kemudahan kepada pengguna bukan saja menggantikan sistem penggera untuk mengejutkan anda daripada tidur malah mengingatkan aktiviti perlu dilakukan pada hari berkenaan.

Pada acara itu juga, IT@Metro turut berkesempatan menemu bual Pengurus Inovasi Asia Tenggara dan Ocenia Samsung, Adam Wishney yang menyifatkan produk elektronik pada hari ini perlu mempunyai ciri mengikut keperluan pengguna secara termaju tanpa membataskan mengikut pecahan rantau.

“Produk yang bersifat interaksi juga menjadi perkembangan terkini dalam membangunkan produk kerana ia penting bagi memudahkan pengguna dan ia bukan tertumpu kepada produk seperti televisyen saja, tetapi diperluaskan kepada sistem sokongan lain seperti set audio,” katanya.

Menerusi temu bual bersama Adam, IT@Metro mendapati situasi pasaran bagi produk rumah pintar sebenarnya semakin berkembang di rantau Asia Tenggara dan semakin mendapat perhatian pengguna seperti peningkatan jualan telefon pintar pada hari ini.

Ini menunjukkan bahawa perkembangan penggunaan telefon pintar dan jaringan Internet yang dipertingkatkan memberi kemudahan kepada manusia bukan saja untuk berkomunikasi, tetapi dapat menghubungkan dengan produk elektronik secara meluas.

Dengan adanya perkembangan IoT, membolehkan pemain industri teknologi tempatan mengambil kesempatan untuk membangunkan lebih banyak produk elektronik dan kandungan dalam telefon pintar yang boleh memberi kemudahan kepada orang ramai sekali gus meningkatkan kepakaran negara dalam bidang berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Februari 2015 @ 12:43 PM