NX500
NX500
PEMBESAR SUARA WAM7500/6500
PEMBESAR SUARA WAM7500/6500
SUHD TV
SUHD TV
Oleh Hafiz Ithnin


Samsung SEA Froum 2015 di Bangkok baru-baru ini menyenaraikan produk keluarannya yang bakal menemui pengguna pada tahun ini antaranya televisyen dalam model SUHD TV yang mempunyai ciri lengkungan, kualiti definisi tinggi (HD) yang dipertingkatkan dan pintar.

SUHD TV juga dibangunkan dalam tiga siri iaitu JS9500, JS9000 dan JS8500 apabila terdapat tiga pilihan saiz bermula 55 hingga 88 inci.

Dalam acara itu, Samsung juga memperkenalkan teknologi terbaru bagi sistem pembesar suara dengan memperkenalkan WAM7500/6500 yang menawarkan pengalaman bunyi 350 darjah kepada penggunanya serta reka bentuk inovatif seakan telur.

Produk audio itu juga mampu disambungkan menerusi sistem tanpa wayar kepada sistem induk lain seperti televisyen lebih memudahkan pengguna dalam mengatur kedudukan peranti elektronik dalam kediaman.

Selain itu, produk lain menjadi tarikan ialah pengenalan kamera kompak NX500 yang menawarkan kualiti gambar seperti jurugambar profesional.

Antara ciri terdapat pada NX500 ialah teknologi sensor BSI APC-C beresolusi tinggi 28 MP, 4K dan rakaman video UHD serta boleh disambungkan menerusi Blutooth dan WiFi.

INFO

Kamera NX500

- Lensa kamera boleh tukar.

- 28.2 Piksel.

- Jenis sensor BSI CMOS

- Skrin 3 inci.

- ISO Automatik, 100-25600

- Kelajuan shutter 1/600 sesaat.

- Harga belum ditentukan.

Pembesar suara WAM7500/6500

- Terdapat dua pilihan iaitu Stand-type(WAM7500) dan Movable-type(WAM6500).

- Boleh disambungkan menerusi sistem tanpa wayar.

- Menggunakan teknologi ‘Ring Radiator’.

- Reka bentuk premium

- Harga belum ditentukan.

- Dijangka berada di pasaran tempatan pada tahun ini.

SUHD TV

- Saiz 55-88 inci

- 64 warna lebih banyak daripada televisyen konvensional.

- Teknologi kandungan oleh Tizen

- Sambungan boleh diakses menerusi telefon pintar, Samsung (model tertentu) pada jarak tertentu.

- Harga belum ditentukan. Dijangka berada di pasaran tempatan dalam separuh pertama 2015.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Februari 2015 @ 12:19 PM