Aix-en-Provence, Perancis: Mahkamah Perancis mengarahkan Penerbangan Yemenia membayar pampasan lebih 30 juta euro (RM124 juta) kepada keluarga mangsa nahas pesawatnya di kepulauan Comoros pada 2009.

Perancis mendakwa syarikat penerbangan Yaman itu pada 2013 selepas pihak berkuasa mendapati pesawat itu tidak dibenarkan berlepas berikutan diharamkan daripada ruang udara Eropah.

Pemeriksaan pesawat berkenaan pada 2007 oleh pegawai Perancis turut menemui pelbagai kekurangan dalam pesawat itu.

Hanya satu daripada 142 penumpang - termasuk warga Comoros dan Perancis serta 11 anak kapal - terselamat dalam kejadian Jun 2009 di Lautan Hindi itu ketika pesawat berkenaan cuba mendarat di Moroni di Comoros.

Mangsa yang terselamat, Bahia Bakary, ketika itu berusia 14 tahun turut kehilangan ibunya dalam kejadian itu. Dia diselamatkan selepas dilihat berenang dengan dikelilingi mayat dan serpihan bangkai pesawat. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Februari 2015 @ 5:06 AM